My dear Kawan Kawan, Sila ambil perhatian. Bermula hari ini, tidak kira penumpang adalah tua, muda atau kanak-kanak kena pasangkan tali pinggang kelender apabila duduk di belakang. Ini adalah salah satu Kempen Advokasi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan tetapi akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2009.
Oleh itu " Jangan Hairan" apabila melihat Pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan mengadakan Operasi Nasihat di seluruh negara untuk menjelaskan keselamatan tali pinggan kelendar tempat duduk belakang dengan melalui sesi nasihat dan penerangan juga dilaksanakan meliputi program-program penguatkuasaan dan pendidikan keselamatan jalan raya seperti Ops Bersepadu, pameran, ceramah, seminar dan juga program temu bual bersama radio-radio tempatan.
Objektif tentang Kempen ini adalah sangat baik untuk rakyat tetapi banyak masalah timbul tentang kempen tersebut. Seperti berikut:
- Adakah masyarakat umun bersetuju dengan kempen ini?
- Adakah kempen ini dapat mengurangkan kes kemalangan?
- Jikalau pangsang tali pinggang belakang maka tempat duduk belakang cuma dapat duduk sebanyak 2 atau 3 orang saja. Macam mana sebuah keluarga ada empat anak?
- Adakan kereta lama perlu pasang tali pinggang belakang?
- Adakan masyarakat mampu pasang tali pinggang belakang, jikalau mereka memilikan kereta lama seperti nissan, civil dan sebagainya yang selepas 1995 ,tiada peruma pasang?